Melepak di Hutan Lipur Gunung Belumut

Hujung minggu yang membosankan kali ini beraktiviti di Kluang. Lokasi kali ini adalah Hutan Lipur Gunung Belumut yang terletak 30minit daripada bandar Kluang. Sebelum mandi manda di Sungai Yong pada hari Ahad, kami beraktiviti dulu di bandar Kluang pada Sabtu. Maka kami ke Tasik Putih di Dataran Kluang untuk aktiviti bergambar dengan kamera canggih Za. Ni la masanya mempelajari teknik fotografi dengan betul... kan Za.


Naga menyerang Kluang?




Riang ria di Tasik Putih




Fun fair di Kluang, dapat hadiah! :P



Esoknya, Ahad barulah kami ke Gunung Belumut yang diwartakan sebagai Hutan Lipur Gunung Belumut. Hutan ini menjadi temapt rekreasi seperti berkhemah, mendaki gunung, mandi sungai mahupun berkelah sambil menikmati alam. Maka, kami hanya mandi sungai dek malas nak mendaki gunung untuk mencari air terjun di atas (30 min perjalanan katanya)




View Larger Map Lokasi Gunung Belumut



Tiba dah di Hutan Lipur Gunung Belumut.


Mandi manda di Sungai Yong



Sekian aktiviti kali ini. Semoga semua manusia mencintai alam sekitar dengan tidak mencemarkan kawasan hutan dengan sampah sarap.
2 Responses
  1. cP Says:

    cP: sgt menarik. lengkap dgn pencarian maklumat. suka part pencinta alam tu. stay green uols!


  2. Adan Seaver Says:

    haha, tq
    mmg sakit mata la kan kalu tmpt green mcm ni kotor
    jgn sampai ada yg kes mati dek kencing tikus, bru nak bersihkan
    yg kotorkan.. masyarakat juga


Post a Comment