Percutian ke Phuket (Hari Terakhir - 3/7/2011)

Hari terakhir di bumi Phuket, tak ada yang menarik selain kena bangun awal pagi pasal penerbangan pulang jam 9.15pg. Seawal 5pg dah bangun, sesiap, trus turun ke lobi hotel. Rupanya kereta sewa untuk ke Airport Phuket dah menunggu! Apalagi.. trus ke airport.

Sampai airport, amik boarding pass, check kastam, menunggu lagi 2 jam.. psl sampai airport tadi jam 7.15pg. Jadi sempat la pusing-pusing airport Phuket, tersambar plak fridge magnet sebagai cenderhati.






Cendermata dari Phuket.



I love katanya. :P



Terbang meninggalkan Phuket.


Selamat sampai!




Sesungguhnya percutian ke Phuket kali ini bersama travelmate sangat seronok. Siapa kata bulan Julai musim hujan? Tidak, hujan ada juga, tapi sekali sekala. Walaupun dinamakan low season pada bulan Julai, tapi pelancong tetap ramai! Malah setiap kali gambar hendak ambil, mesti ada juga terselit muka pelancong lain. Padattttttt!




Sekian percutian ke Phuket 3D 2N yang sangat padat dengan aktiviti. Walaupun ada banyak lagi tempat menarik di Phuket untuk di kunjungi, namun puas sekali percutian kali ini. Setelah dihitung-hitung, keseluruhan belanja hanya RM 1,1++ = Tiket penerbangan RM 648 + Belanja RM 450. Penginapan ditaja oleh Ading. Hehehe, terima kasih banyak-banyak!
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment