Percutian ke Phuket (Hari Kedua - 2/7/2011) - Bahagian 2


Balik je dari jelajah pulau Phi Phi, terus bersih diri di bilik hotel. Perg, rasa melekit betul pasal berjam-jam tak bilas dengan air bersih. Tak ada ruang pun nak bersihkan diri, pasal semua masa penuh dengan aktiviti lepas satu.. satu.

Kira-kira jam 6ptg, barulah berancang nak buat aktiviti seterusnya. Rancangan untuk ke Phuket Fantasea berdolak dalih pasal kelewatan menempah tempat. Oleh kerana kebetulan banyak pusat hiburan ditutup dek Pilihanraya Thailand bermula esok, kami paksa juga ke Phuket Fantasea. Atas bantuan sebuah agen pelancongan di Jalan Bangla, syukur berjaya mendapat tempat walaupun agak mahal sikit kerana mendapat tempat Gold Seat. Duit tolak ketepi, asalkan malam tak boring kerana Patong betul-betul sunyi malam itu.

Maka, jam 7.30ptg, barulah kami dari hotel dibawa oleh van sewa Phuket Fantasea ke lokasi iaitu di pantai Kamala. Perjalanan kira-kira 25min melalui bukit bukau bagai tidak percaya di sebalik itu terdapat pusat hiburan yang cantik!







Kami di Phuket Fantasea!



Tak puas bergambar



Bahagian pertama adalah bahagian hiburan.
Cantik!



Bergambar lagi sebelum masuk ke panggung.



Bahagian restauran dan panggung Fantasea.
Cantik!





Setakat ini sahaja gambar yang dapat diambil di Phuket Fantasea kerana tidak dibenarkan rakaman semasa berada di panggung Palace of Elephants. Pertunjukanya sangat menarik, dari penggunaan manusia, props., bunga api, air dan paling hebat haiwan-haiwan iaitu gajah, harimau, kerbau, burung dan ayam. Semuanya bijak dan terlatih!




Kisahnya lebih menceritakan tentang sejarah kawasan pantai Kamala dengan dongeng pemuda Kamala berkasih dengan puteri bunian (boleh terbang-terbang). Kemudian perkembangan kawasan tersebut dari pembangunan kota, tentangan dari pihak luar (berperang), budaya masyarakat Thai dan kegiatan pertanian. Selingan sementara props disiapkan, ada diselitkan dengan pertunjukan magik dan aksi sarkis akrobatik di atas kepala, takjub! macam Cirque du Soleil!



Sesungguhnya Phuket Fantasea adalah tempat yang wajib disinggah semasa bercuti di Phuket. Sangat menakjubkan dan balik bilik hotel boleh terus tido!



Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment