Melawat Kluang (Hari Kedua : 4-07-2010)


Hari kedua di Kluang, kami ke Hutan Lipur Gunung Lambak seperti di rancang. Gunung setinggi 510m dari atas aras laut ini terletak tidak jauh dari Bandar Kluang, malah boleh di lihat dari mana sahaja lokasi di bandar Kluang. Maka, kami ke sana pada pukul 10pagi setelah siap bersarapan.



Kami menuju ke Gunung Lambak.




Gunung Lambak Eco Resort,
pihak pengurusan pusat rekreasi Gunung Lambak.



Kolam rekreasi untuk kanak-kanak.
Tiket masuk hanya RM3-5



OK, yang dewasa buat aktiviti lagi mencabar,
mendaki gunung.




Ayuh mendaki...
mudah.. laluan telah tersedia.





Baru 1100m mendaki...
jgn nak kotorkan hutan semulajadi.




Jumpa sungai kecil.. sejuknya air!




Kami selamat tiba di Gunung Lambak!




Pohon besar di Gunung Lambak.




Berehat di jambatan gantung sebelum pulang.



Sekian aktiviti kami di Kluang pada hujung minggu. Kami bersyukur kerana kami selamat dan gembira berada di Kluang. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Kluang belum kami terokai, mungkin di lain masa.


Kami selamat kembali ke JB.



Perjalanan dengan keretapi KTM juga memuaskan. Masa menunggu yang cepat dan masa perjalanan yang masih boleh dipuji kecepatanya. Berbaloi dengan RM 14 sehala. Sekian.

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment