Melawat Kluang (Hari Pertama : 3-07-2010)

Hari minggu yang lalu aku dan geng mengisi masa lapang untuk melawat sorang kawan di Kluang. Idea lawatan ke sana telah lama tertangguh-tangguh, namun berkat langkah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 minggu lepas, kami meniru jejak langkah baginda sultan dengan melawat ke Kluang dengan menaiki keretapi.




View Larger Map
Lokasi daerah Kluang, Negeri Johor.



Mulakan perjalanan dari stesen KTM Johor Bahru
dengan Express Sinaran Petang jam 2.30ptg.



Perjalanan selama sejam di isi dengan
aktiviti membaca (belia contoh!.. ehe)



Kami tiba di stesen KTM Kluang sejam kemudian.


KMJ 2010 singgah di sini.



Minum petang di kopitiam terkenal, Kluang Railcafe.




Menu petang itu...sedapppp.



Setelah perut kenyang, kami segera beredar ronda-ronda di sekitar bandar Kluang. Bandar Kluang didapati agak besar juga berbanding bandar-bandar di daerah lain. Persekitarannya padan dengan penduduk pelbagai kaum dengan pelbagai kemudahan seperti..




Yeah.. mercu tanda Kluang!



Pembangunan di Kluang.




Aktiviti petang yang best di Kluang..
bowling di Kluang Parade.


Aktiviti malam yang best di Kluang..
karaoke di Kluang Mall.


Aktiviti lewat malam yang best di Kluang..
melepak di Dataran Tasik, Kluang.



Sekian aktiviti hari pertama kami di Kluang. Walaupun penat, tapi kami seronok di hari pertama.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment