Melepak di Desaru dan Tanjung Balau, Kota Tinggi



Sempena cuti Hari Pekerja pada 1 Mei, aku dan Hanif mengisi masa terluang dengan melepak ke Desaru. Kerana kerinduan Hanif untuk berjumpa pantai, kami menempuh 2 jam perjalanan sejauh 70km dari bandar Johor Bahru. Kesesakan jalan dan kengantukan berjaya diatasi sehingga selamat sampai.




View Larger Map



Dah sampai dah ke Desaru.


Lepak kejap sambil mencari tempat lepak yang sesuai.



Dah jumpa port best, strategik untuk cuci mata.. ehe.



Pantai Desaru yang panas dan curam.. huhu



Dah agak bosan melepak di Desaru, kami ke Bandar Penawar pula untuk cari makan. Setelah perut berisi, baru gerak pula ke Tanjung Balau, tidak jauh dari pantai Desaru.




Jeti Tanjung Balau.



Kerja kutip kulit kerang.




Dah agak bosan, kami pun pulang.


Sekian aktiviti melepak kali ini. Sesungguhnya pantai Desaru dan Tanjung Balau akan lebih dikenali dan digemari pengunjung sekiranya aspek kebersihan di jaga baik terutama sebelum menerima kunjungan ramai pelawat semasa hari umum. Bukan masalah sampah yang di bawa pengunjung, tetapi masalah sampah, ranting dan daun-daun pokok yang dilihat seperti tidak diendahkan sejak lama. Semoga ada penambah baikan di masa hadapan.




Labels: edit post
5 Responses
  1. ::: salam bro, ada travel blog yehh skrg? [huhu] very2 nicee.. gambar2 bro di blog nih pon smart2 belaka.. best jugak baca cerita2 dlm blog bro ni.. dari ipoh hingga ke desaru. rajin tul bro berjalan2.. syok abis bila dgn kawan2.. hari nih jalan, hari nih jugak masuk dlm blog ye? hebat tuh! saya setuju dgn pendapat bro, byk pantai2 di johor nih agak terabai dari segi kebersihan. entahlaa apa yg terjadi, nama 'jotic' tuh agak gah jugak di johor nih. mungkin kswn itu kwsn persendirian, tanggungjwb mereka kot. tak sangka plak, bila saya ke penang baru2 nih, pantainya very2 clean & beautiful!!! bukankah dahulu dikenali sbg uncleanest state in malaysia? now what happen? best penang skrg! mcm singapore plak. jgn lupa melawat taman negara p.pinang di teluk bahang yg baru diwartakan pada 2003. amazing place!
    ~ keep on blogging bro! :)


  2. Adan Seaver Says:

    terima kasih kerana kunjungan
    len mcm je bunyi.. Mr Zul kenal benor ke saya? Gulp..

    tu la halnya dgn pantai-pantai di Johor ni
    dah la pantai awam pun ada kena bayar nak parking (RM4)
    tp pantainya tak bersih, kutip duit untuk apa?

    hrp2 bila Lebuhraya E22 siap kelak
    ada la usaha memperindah pantai Desaru ni.


  3. Hanif Says:

    Di tepi pantai yang indahh... huhu


  4. ::: [hehehe] saya baru jer kenal Mr. Faiz.. dlm ruangan cyber nih jugak.. saya rasa saya tersilap kot, ingatkan kawan lama saya, rupa2nya kita baru berkenalan.. lawa laa gambar2 di flickr bro. hebat2 belaka.. di mana kena bayar RM4 tuh? kat desaru ker? maybe ada sesetengah tempat milik individu scr persendirian kot.. sbb saya penah diberitahu oleh org2 kampung area2 situ.. hanya pantai yg berpasir tuh jer milik awam.. yg ada tanah keras tuh org punya.. tapi tak dinafikan masih byk sampah di sepanjang pantai.. tuh bro belum jumpa timbunan baju [mcm kapal pecah plak huhu] di batu layar.. saya terpaksa cari angle2 yg tak menampakkan sampah tuh semasa berfotografi [hehehe].. oh ya pasal ufo tuh, menurut kajian rakan2 [kenalan di internet] bulan ogos-oktober paling kerap nampak ufo di malaysia. kalo bro ada astro lihat ch.555 ada cerita 'ufo hunters' setiap 11 mlm, hari tak ingat [huhu].. mmg sama apa yg saya nampak..


  5. FaizJB Says:

    saya kena byr di tmpt masuk di mana tmpt saya bergambar ni
    agaknya la parking tu milik individu
    maka semua pengunjung kena byr utk rolling buat cukai tanah

    oic, agaknya time tu musim panas
    senang je nak nampak UFO kan
    UFO pun senang nak terbang dengan cuaca baik agaknya..
    ehehe


Post a Comment