Cuti-cuti Redang (Hari Pertama - 21/5/2010) - Bahagian Ke-1


       Percutian ke Pulau Redang akhirnya berjaya di laksanakan setelah 2 bulan serius merancang. Bertolak dari JB malam khamis seramai 6org, kami sampai di Kuala Terengganu pada subuh hari Jumaat sambil di nantikan oleh 4 orang lagi kawan kami.



Demi Redang, gigih meredah 8 jam perjalanan.




Bergambar sat, sebelum bertolak ke Jeti Merang.
           

       Dengan keletihan selepas menempuh perjalanan, kami di jemput oleh pihak resort menggunakan van muat untuk 10 orang. Perjalanan selama 20min membuatkan kami tidak sabar lagi hendak menuju terus ke Pulau Redang.


Deretan kedai cendermata dan kedai makan di Jeti Merang.

Jeti Merang tersedia untuk bot ke Pulau Redang.

         Setelah menunggu hampai setengah jam, barulah kami di persilakan menaiki bot untuk ke Pulau Redang. Kami di punggah dari bot kecil dari jeti ke bot besar di tengah laut kerana kebetulan jeti Merang sedang mengalami air surut. Seterusnya, kami bersama-sama pengunjung lain di bawa ke resort kami di Pulau Redang iaitu Redang Holiday Resort.



Tu dia... Redang Holiday Resort!
Kami disambut dengan wanita berbikini.. ehe



Bahagian dalam bilik kami.
Semi-D banglo untuk 6 org.



Bilik kami menghadap laut.. indahnyaa...



Pemandangan pantai Pasir Panjang, Pulau Redang.



Laut dia membiru sungguh,...




Ombak manja menghempas batu..




         Sesungguhnya, sesampai kami di Pulau Redang, kami begitu takjub dengan keindahan pantainya. Begitu cantik dan memukau pantai dan kejernihan airnya!


Labels: edit post
2 Responses
  1. ::: cantiknyeeerr pulau redang! jeles tgk korang semua pi sana..
    ::: teringin nak ke sana, sejak zaman universiti lagi.. dulu pi
    ::: kuala terengganu, sekadar tgk dari jauh jer lerr [huhu] saya
    ::: sukee lihat air laut kaler biru tuh.. bestnyerrr rasa mcm nak
    ::: terjun jer.. saya nih pantang tgk laut [hehe]..

    ::: [re]: pi go.green kat tg. piai penat!!! [hehe] tapi seronok!


  2. Adan Seaver Says:

    huhu, lupa nak ajak Bro Zul ikott..
    tp x pe.. bila2 Bro bleh pi pun, terutama dgn tersyg :)
    mmg cantik lahhh pantai dan laut Redang!


Post a Comment