Penjelajahan ke Hujung Benua

Lokasi paling selatan di Benua Asia.



Ketika rakyat Malaysia menyambut Earth Hour, pada 28 Mac lalu, aku dan rakan-rakan meraikannya dengan aktiviti luar. Sekurang-kurangnya hilang boring dari lepak di rumah sahaja. Kami bersama-sama setuju menjelajah ke hujung benua Asia paling selatan iaitu Tanjung Piai dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).



Walaupun kami penduduk Johor, tidak kesempatan pula menjelajah di kawasan tersebut sebelum ini. Maka, dengan kehadiran Zah dari Kluang pada hujung minggu, mencetuskan idea untuk menjelajah ke kawasan ini. Maklumlah, setakat ronda-ronda di Bandaraya Jb agak menjemukan kami. Maka, penjelajahan ke tempat baru seperti Tanjung Piai dan WPI amat mengujakan kami.



Bertolak dari Skudai ke WPI mengambil masa kira-kira 35min sahaja. Itupun kami kesesatan jalan, kerana terlepas simpang. Pemanduan kami lancar tanpa banyak kenderaan dari Linkedua dan di kawasan WPI juga. Boleh dikatakan, situasinya macam Putrajaya, lengang dan luas. Oleh kerana masih baru, pemandangan saujana mata memandang. Pembangunan masih giat di jalankan dan hanya beberapa bangunan sahaja telah siap iaitu di JSNAC (ditukar kepada Kota Iskandar) dan Puteri Harbour. Namun, kami gagal masuk ke Puteri Harbour kerana masih dalam pembangunan. Tetapi di lihat dari jauh, keadaannya bakal menyerikan lagi kawasan WPI.









Dari atas ke bawah : Pejabat JKR Negeri, Dataran Iskandar, Bangunan Tadbir Negeri & Bangunan Menteri Besar

Setelah puas mengambil gambar dan menghirup udara segar, kami singgah sebentar menyaksikan drift kereta di sana. Lokasinya agak tersorok, tapi bagi yang tahu, pasti mudah menjumpainya kerana sesampai di sana, ramai juga penonton tempatan dan Singapura. Seperti kebiasaan di litar drift lain, kami menyaksikan aksi drift, deruman enjin dan bau break tayar. Anda mampu buat seperti mereka? kalu tak mampu, ko tengok je lah yerr..




Can u drift? .... Shut up n drive!


Setelah menyaksikan beberapa aksi, kami bergerak pula ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Sengaja kami kesini walaupun kami tahu kawasan ini biasanya di larang masuk. Tapi untuk menghabiskan masa, kami memanjangkan perjalanan sambil menikmati suasana pelabuhan Tanjung Pelepas. Kami hanya berpeluang melawat pusat pentadbirannya sahaja. Huhu.



Bangunan pentadbiran PTP


Menyedari hari semakin malam, kami segera beredar menuju ke Tanjung Piai dengan hasrat hendak mencuba seafood di sana. Kami singgah sebentar ke Kukup terlebih dahulu, mencari-cari restoran seafood sesuai, namun kami agak kecewa. Kebanyakkan restoran Cina dan bau luat di situ agak busuk, mungkin air surut ketika itu. Huhu




Tanjung Piai Resort mengalukan anda.


Dengan segera, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Piai, menuju ke Tanjung Piai Resort. Dengan lokasi di paya bakau, chalet dan restoran di bina di atas air bersambung dengan jeti dan jambatan. Oleh itu, sambil menikmati makanan, kami boleh menikmati pemandangan laut, desiran ombak dan deruan angin. Oleh kerana lapar, kami memesan makanan di bawah ini yang harganya RM110 untuk 4 org, berbaloi sebab semua dah lapar.. hahaha



Kangkung goreng belacan, Udang masak mentega dan Ikan siakap masak masam manis.


Sotong masak lada hitam, tomyam campur dan telur dadar.


Setelah kenyang membunting, kira-kira jam 10mlm, kami pun beredar. Oleh kerana masih agak awal, kami singgah sebentar ke Pekan Pontian Kecil untuk menikmati suasana malam. Kami lepak-lepak di pesisir pantai sambil berbual dan menyaksikan aktiviti malam penduduk Pontian. Ada yang memancing, drift kereta dan seperti biasa penonton biasa seperti kami. Setelah agak boring, kami pun bertolak pulang ke Skudai.


Jelajah kali ini, Skudai-WPI-PTP-Kukup-Tjg Piai-Pekan Pontian-Skudai

Bagi anda semua rayat Malaysia, dan Johor khasnya, sudi-sudikan melawat lokasi menarik di tempat anda. Jangan nanti orang bertanya, sudah sampai ke tempat itu, anda sendiri akan malu menjawabnya padahal lokasinya hanya belakang rumah. Huhu, ayuh Zoom Malaysia!

3 Responses
  1. hafizzuan Says:

    oh pnah dgr pasal Tanjung Piai ni..kat pontian..tp xberkesempatan nak pg lagi..


  2. nick Says:

    where am i masa wpi?


  3. Adan Seaver Says:

    hafiz - kalu dtg jb lg, jgn lupa pergi yaa

    nick - ehehe, entry ni di kumpulkan dlm satu hari seolah2 pack satu hari perjalanan, padahal ko ada di tjg piai, tp missing di WPI, yg sbrnnya ko mmg tak joint.


Post a Comment