Perjalanan hampir 3 jam tu memang boring. Lapar-lapar, kami nak beli nasi lemak, sold out pulak. Ni lah masalahnya kalu dapat seat tengah-tengah, mesti nasi lemak jadi pilihan orang depan-depan, sampai tempat kami yang tinggal makanan lain. Beli je la nasi ayam dan nasi goreng. Harga RM 9, mahal dan tak meriah lauknya, mesti korang tau macam mana makanan di atas pesawat kan? Dah kenyang, haruslah tidur. Tengah sedap-sedap tidur, terbangun kejap, sebab kadang-kadang cuaca tidak elok, pilot suruh pakai belt untuk keselamatan terutama ketika meredah angina lintang. Dah tu, baca-baca la magazine AA pasal nak hilang boring sebelum tertidur balik…
Bangun tidur, bangun balik, hampir 1.30ptg, sampai lah kitorang di Pulau Bali. Pesawat selamatlah mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai. Panasnya cuaca ketika itu. Terminalnya pun aircon tak kuat. Aku ok je, diorang yang comel-comel tu kepanasan sikit. Ehe. Selesai check imegresen dan kastam serta ambil bagasi, kitorang pun keluar dari terminal. Wow, ramai peminat menunggu. Peminat tu adalah agen pelancongan lah termasuk agen kami, Pak Gede dan Pak Agus. Kedua-dua mereka berumur lewat 20an rasanya yang bersedia di pintu masuk dengan sepanduk nama kakak Nick.
Selesai memperkenal diri, mereka segera membawa kami ke van pelancong yang tidak berapa jauh dari pintu masuk. Sampai je di van, kitorang terkejut sebab dapat van buruk. Ehe. Yang dijanji van selesa iaitu seperti Avanza atau Innova. Tapi yang kami dapat van Toyota lama dengan seat nipis dan aircon yang lemah. Apalagi, kitorang merngomel lah dalam kepanasan. Tapi kami komen lah dengan nada gurauan, bukan komen macam kena rasuk hantu ye. Tak bagus marah-marah kan, pasal kita di tempat orang. Gede pun faham keadaan kitorang dan berjanji akan tukar dengan kenderaan lebih elok. Gede memang beramah dan baik hati. Tak kisah dengan karenah kitorang yang becok dan banyak tanya.
Lebih kurang 20minit perjalanan yang panas dan sesak, sampai lah kitorang ke hotel penginapan iaitu Matahari Bungalow. Terletak di kawasan Bandar Kuta di Jalan Legian. Masa sampai, kitorang tengok dari parking, alamak, macam tak best je. Yelah, kedaan yang tak berapa grand. Dah tu tak sedar diri dapat hotel 2 star, nak plak view yang hebat mcm 5 star hotel? Ehehe.
Tapi, bila dah check in, jalan lorong masuk dalam, wow, cantik juga keadaan dalamannya. Keadaannya ala resort berunsur taman Bali. Suasana hijau, nyamuk pun tak ada. Biliknya juga berunsur tradisional Bali tapi tak lupa ada TV, ais-box, aircon dan tub air panas. Puas hati sangat lah ni, lagi pun nak bilik mewah segala buat apa. Sebab datang Bali kan nak jalan-jalan, bukan dok terperap di bilik hotel kan
Pose di pintu masuk Taman Ayun, Pura Diraja
Dah puas pose-pose, kami segera bergerak ke Tanah Lot pula. Perjalanan juga agak lama kerana jauh juga dan tidak ketinggalan macet (sesak) lagi. Jalan raya di Bali agak sempit untuk 2 hala dengan kenderaan yang banyak terutama motor. Mereka gemar memotong dengan agak laju sambil menekan hon sbg amaran supaya kita kenderaan lain berwaspada. Pemandu kami, Agus sudah pengalaman, jadi tiada masalah. Sambil itu kami dok berbual dengan Gede sambil mencuci mata melihat pemandangan di luar. Rumah. kedai, pura, sawah, hutan dan sungai. Jangan terkejut jika nampak penduduk mereka mandi bogel di sungai. Menurut Gede, mereka (terutama orang kampong) memang suka mandi di luar berbogel kerana memang itu cara mereka yang tidak menyediakan ruang mandi di rumah.
the first day tu, nama driver kita bukan agus ok. agus tu on the second day. and another one more thing, the reason why org bali suka mandi kat luar....bukan sbb rumah diaorg tak sediakan tmpt mandi, ada tapi kecik. so diaorg lebih selesa di kawansan yg luas seperti parit, sungat, dan yg sewaktu dengannya....
sbnrnya tau yg driver pertama tu bukan agus, motiff sengaja tipu uouls semua, mls nak confius2, ekeke. yg penting kurang nak tgk kan manusia mandi bogel kat luar rumah kan? Ehe