Bercuti ke Pulau Tioman II (Hari ke 3 - 2/3/2014)


          Hari terakhir di Pulau Tioman lebih rilek dan santai-santai. Sementara menunggu keluar chalet, masa yang terluang di isi dengan mengambil gambar dan mandi laut puas-puas buat kali terakhir. : )




Posing sakan di Pantai Salang.






Mandi puas-puas !




Selamat tinggal Tioman. Terima kasih Salang Sayang.






        Pukul 5.30ptg barulah feri Bluewater sampai. Gara-gara kerana trip terakhir, penumpang feri sangat padat sampai ada penumpang yang terpaksa berdiri, hinggakan mereka diturunkan di Jeti Tekek untuk menaiki feri tambahan. Akibat gangguan itu, pukul 6.30 ptg baru feri bergerak ke Jeti Mersing. 

        Pepun, feri selamat sampai jam 9 mlm dan kami terus pulang ke JB. Kos ke Tioman kali ini kira-kira RM 240 sekepala tidak termasuk makan sendiri di mana tambang feri RM 70 dua hala, RM 10 yuran Marin Laut, RM 70 trip snorkeling, kongsi berdua kos 3D2N : RM 80 chalet per day & RM 10 per day parking kereta. Apapun, Pulau Tioman masih cantik untuk destinasi bercuti terutama untuk Tahun Melawat Malaysia 2014. Penduduknya juga mesra, peramah dan tidak lokek senyuman.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment