Melawat Terengganu (Hari Ketiga : 9 Feb 2008)


Hari terakhir di Terengganu, aku, Rio dan CheWan menjejakkan kaki ke Taman Tamadun Islam (TTI) iaitu di Pulau Wan Man. Punyala ramai orang, maklum la, minggu pertama di buka selepas perasmian. Susah betul nak cari parking. Terpaksa jalan kaki 3km untuk masuk ke sana.


Gerbang masuk ke Taman Tamadun Islam Terengganu.


Seperti yang diketahui, terdapat banyak replika masjid terkenal di dunia pamer di sini. Namun, terdapat disini juga sebuah dewan besar untuk aktiviti pameran dan paling dikagumkan ialah Masjid Kristal. Masjid ini indah buatannya baik diluar mahupun di dalam. Kini ianya menjadi tarikan utama bagi pelancongan Terengganu.



Antara replika masjid terkenal di dunia yang berada TTI.

Aku dan CheWan di Masjid Kristal, Terengganu.


Dah bosan dan perut mulai lapar, kami bergerak pulang dan menuju pula ke Pantai Batu Buruk. Namun, sebelum sampai, kami singgah sebentar ke Kampung Losong yang terkenal dengan produk kerepek ikan dan keropok lekor. Jumpa je Kedai Kak Yah yang terkenal tu, kami pun berborong berjenis-jenis keropok untuk di bawa pulang.


Borong keropok lekor di Kedai Kak Yah.


Kemudian, perjalanan ke Pantai Batu Buruk di teruskan. Kami makan tengahari di medan selera di sana dengan menu tempatan Terengganu iaitu, Laksam. Selesai makan, kami bersiar-siar di pantai sebentar sebelum beredar ke Dataran Syahbandar pula.



Ni la laksam Terengganu.



Pantai Batu Buruk yang tiada batu buruk,
tapi pantainya berpasir putih dan banyak pokok rhu.



Restoran A&W di Pantai Batu Buruk
antara restoran makanan segera pertama di Terengganu.



Sampai di Dataran Syahbandar, kami minum petang di medan selera sebelum singgah ke Pasar Payang untuk membeli belah kali terakhir. Macam-macam benda di beli untuk di bawa balik seperti kain batik, cendermata dan makanan ringan. Rambang mata nak pilih mana satu, sampai tutup kedai baru kami keluar. Kedai disini kebanyakanya mulai tutup jam 5 ptg.



Melepak di Dataran ShahBandar.


Singgah lama di Pasar Payang untuk belanja sakan.



Menjelang jam 10mlm, barulah kami berpisah dengan CheWan untuk pulang ke JB. Sesungguhnya pengalaman melancong ke Terengganu tambah best dengan adanya CheWan. Namun, 3hari 2malam memang tak cukup untuk menerokai Terengganu kerana memang banyak lagi tempat untuk di jelajahi di sana. Bestttt...

Labels: , edit post
0 Responses

Post a Comment