Seawal jam 8pagi kami dah sesiap untuk seharian beraktiviti pantai pula. Kami segera mendapatkan agen pakej island hopping and snorkeling yang boleh didapati banyak di sepanjang jalan Teluk Nipah. Tapi sebelumnya, kami bersarapan dahulu dan membeli bekal makanan kerana kami akan berada lama di Pulau Giam yang tiada apa-apa itu. Ini kerana pakej yang kami dapatkan tidak termasuk makan, maklumlah pakejnya pun murah, berharga RM15 sekepala.
Dengan menaiki sampan kecil muat untuk kami berlima dan pemandu bot, kami segera dibawa ke Pulau Giam yang tidak jauh dari Pantai Teluk Nipah. Kami di turunkan di kawasan snorkeling katanya, namun, hampeh pun! Yang ada ikan-ikan kecik je, yang susah nak nampak, coral laut pulak langsung tak jumpa, malah airnya keruh, tidak seperti pengalaman di Pulau Tioman dengan air lautnya yang jernih.
Tak nampak coral, berenang-renang pun jadilah...
Namun, apa boleh buat, kami buat-buat la seronok dengan aktiviti bergambar dan renang-renang. Setelah boring, kami menjelajah hutan Pulau Giam untuk ke lokasi lain. Ternyata disebalik tempat pertama tadi, terdapat lokasi lepak dengan pantai yang lebih cantik dan menarik iaitu yang menghadap Teluk Nipah. pantainya landai, pasirnya halus putih dan dikelilingi batu-batu besar. Walaupun disini tiada coral, namun puas mendi-mandi, ambil gambar dan cuci mata. Lebih ramai pelancong asing lepak di sini uolss.. merembessss...
Merentas hutan berbatu dan berliku di Pulau Giam.
Pantai yang lebih landai dan berpasir putih di Pulau Giam.
Menjelang jam 3ptg, barulah kami meninggalkan Pulau Giam dan menuju ke Pulau Mentagor. Tiada apa pun yang menarik pasal pulau ni, hanya lalu dan melihat dari jauh batu besar yang berbentuk paus katanya... tp aku tgk, tak berentuk apa-apa pun, propa je lebih kan? ehehe.
Tu dia.. ombak setinggi 2meter menghempas pantai.
Sampai je darat, ingatkan nak buat aktiviti laut lain, tapi tengok ombak besar berguling-guling, dan badan pun keletihan, apalagi katil di bilik lah lokasi yang best untuk lepak-lepak. Kerjanya tidor aja diorang nih, aku je tak ngantuk, lantas mengajak Nas ronda-ronda pantai. Kami berdua menyusuri Pantai Teluk Nipah sepanjang kira-kira 2.5km sambil mencuci mata. Rupanya hari Jumaat, Pulau Pangkor mulai di penuhi pengunjung tempatan dan asing dengan aktiviti pantai masing-masing. Ada yang berkayak, berspeed boat, mandi-manda dan tanned kan badan. Meriah uols.
Jalan punya jalan, dari jauh terperasan la sebuah tokong Cina yang dari jauh kelihatan menarik. Rupanya inilah tokong cina yang kitorang cari-cari semasa di Pekan Lumut, rupanya lokasinya di sini. Awasss... kita bukan nak sembahyang kat sini yerr, kami hanya bergambar sahaja di bawahnya. Tempat sembahan mereka di atas, langsung tak mengganggu aktiviti bergambar kami dan kami tak juga menganggu mereka. Tu diaaa, konsep 1Malaysia kan.. Bebas tanpa wasangka!
Bukan pintu masuk ke Disneyland yerr, tapi ke Tokong Lin Je Kong.
Mini Great Wall of China pun ada.
Amoi Duyung pun ada!
Penyu raksasa buat bersandar.
Menjelang matahari terbenam, kami pun beransur pulang. Sebelum sampai bilik, sempatlah melalui deretan gerai sepanjang jalan Teluk Nipah. Makin malam makin meriah disini dengan jualan cendermata dan kunjungan orang ramai. Namun kami tidak rambang mata, kami beli juga sedikit cendermata di sini. Kemudian kami terus balik bilik dan sesiap untuk makan malam.
Candle light dinner je.
bilik, lepak-lepak layan Tv dan CD sblm tidur.
Post a Comment