Kembara Ciri ke Pulau Tioman
Sabtu, pagi-pagi lagi kami sudah berkumpul di Larkin untuk menaiki bus ke Mersing bagi trip 8.30pagi punya dengan tambang RM8. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam memang syok dengan kerja tidor je dalam bus. Sesampai je bus stand Mersing, terus segar, excited lah nak ke Pulau Tioman. Segera kami berjalan kaki ke Jeti Mersing yang tidak jauh dari bus stand untuk menunggu feri ke Pulau Tioman. Tiket berharga RM35 seorang untuk sehala.
Dah dalam feri, kerjanya tidor lagi...
Feri bergerak ke Tioman bagi trip 12tengahari mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kg Genting, kampung ketiga yang di singgah oleh feri ini. Kami menginap di Sun Beach Resort yang terletak di kampung Genting. Kampung ini juga terdapat resort-resort kecil lain dan juga rumah-rumah penduduk kampung. Terdapat juga surau, klinik dan restoran dan kedai, jadi kami tidaklah rasa terlalu risau kerana ada kemudahan.
Kg Genting dan Sun Beach Resort dari atas feri.
Jeti dan pantai Kg Genting, Tioman dari kafe Sun Beach Resort.
Chelet penginapan di Sun Beach Resort
Sampai-sampai, kami terus check in resort dan mendapatkan chelet penginapan. Kemudian, kami terus pi makan di restoran di jeti tersebut, melepaskan lapar dan lelah perjalanan tadi. Petangnya kami meronda-ronda di sekitar kampung Genting untuk mengisi masa lapang. Menjelang magrib, kami dijemput makan malam di kafe resort sebelum aktiviti bebas di malam hari, yang sekadar berbual tentang kami dan alam. Ehe
Lepak di pantai yang indah.
Lepak di jeti nelayan Kg. Genting.
Lepak di jeti pancing Kg Genting.
Pagi ahad, kami sudah sesiap untuk aktiviti snorkeling seperti yang terkandung dalam pakej. Namun, kami wajib membayar RM15 seorang untuk menyewa google dan jaket keselamatan. Jika dah bawak dari rumah, x payah la kan nak sewa, so jimat kat situ. Dengan berkongsi 10org pelancong lain dalam satu bot, kami dibawa ke 3 tempat menarik untuk aktiviti snorkeling iaitu Pulau Tulai, Taman Marin dan Pulau Renggis. Seronok betul melihat keindahan dasar laut dengan terembu/coral dan ikan-ikan yang cantik.
Geng Ciri berjaya jejak ke Pulau Tulai, yeahh...
Kami sedia untuk acara snorkeling!
Taman Marin lagi banyak ikan kecil dan besar, menunggu roti anda sebagai santapan, tapi airnya kurang jernih, so, misteri..
Tawaf secara berenang sambil snorkeling di keliling Pulau Renggis. Kat sini anak ikan marlin dan jerung pun ada, pasal dasarnya sedalam 5m.
Setelah puas bersnorkeling, kami di bawa singgah ke Kg. Tekek, kampung utama bagi Pulau Tioman. Kampung ini adalah pekan utama dimana terdapat semua kemudahan termasuk marina dan lapangan terbang. Disini kami hanya singgah di pasaraya duty free untuk membeli cokelat dan lepak-lepak dan makan kerepok lekor di medan selera. Menjelang lewat petang, barulah kami pulang. Malam, kami disajikan dengan seafood BBQ oleh kafe resort sebelum diteruskan dengan aktiviti bebas melihat bintang sambil sesi bergumbira mengambil gambar dan cerita-ceriti antara kami.
Sesi melantak BBQ seafood sampai ko kekenyangan.
Isnin pagi selepas sarapan, terpaksalah kami check out bilik untuk pulang. Sesungguhnya kami sangat berpuas hati dan bergembira dengan pakej 3Hari 2Malam dengan Sun Beach Resort. Layanan mesra, makanan sedap dan bilik penginapan yang selesa dan bersih, berbaloi RM300 seorang. Kg. Genting juga tidak mengecewakan kami dengan pantai yang bersih dan cantik. Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata di kedai Kg. Genting dan di Jeti Mersing.
Geng Ciri berpuas hati di Sun Beach Resort, Pulau Tioman.
Anda teruja? Ayuhhh ke Tioman, Zoom Malaysiaaa. Korang pasti tak menyesal, kecuali jika anda memang demand, membandingkan Tioman macam Barbados atau Macau, jauh beza beb. Pepun, dapatkan info di http://www.sunbeachresort.com.my jika anda juga mahu menginap di sana.
ada plan nk g tiomanujung sem ni. skang ni tengah kire2 bajet ar... anda rasa sorang bp bajet? include tmbang feri, chalet etc. entry ni mmbantu lah. TQ
masa saya pergi 2009,
total belanja saya hanya RM300
dr tmbang bus larkin-mersing, bot dan chalet
boleh check la kat web sun beach resort tu kalu mau ke sana juga
tp kalu nak cri lagi murah,, pun ada
bleh tgk panduan di www.tioman.com.my
yg penting kena budget ko dan selesa
slamat bercuti!
ok.. tu harga 2009.. terima kasih atas info... next plan kemane lak? haha.. memang kaki melancong ni. haha.. tq btw. :) follow!
mmg suka berjalan
tp kena tgk plan cuti dan budget
dan juga kwn2 yg berminat
ada gak plan nak ke tioman sekali lg
dan maybe phuket kot..
tp tak keadaan
kita merancang, Allah tentukan..
aik... aku google pasal pulau tioman, boleh ter-klik pulak kat blog ko. kalau takde gambo korang, mmg aku tak tahu ni blog ko... hihi.. best je baca pengalaman korang...
haha, tq psl membaca blog yg biasa2 je
nak pi Tioman ke?
mmg best choice, very nice island n coral