Sepagi di Bukit Beruang, Melaka

 

Pagi hujung minggu yang membosankan telah membawa kaki ini ke Bukit Beruang, Melaka. 30 minit perjalanan dari rumah ke lokasi tidak menyukarkan kerana lokasi ini popular di kalangan penduduk Melaka, apatah lagi terletak di kawasan bandar.



Sampai sudah di permulaan pendakian Bukit Beruang.



Pagi-pagi sudah ramai orang, menapak mendaki.




Kalau penat, boleh berehat.



Teruskan mendaki lalu tepi pagar stesen pemancar Telekom.



Sampailah di CP1, juga ada kawasan rehat di sekitarnya.



Teruskan menuju CP2.




Banyak mudah, trek menurun je.



Sampai sudah CP2, sunyi.



Mula lah mencanak naik  treknya untuk ke CP3.




Sampai sudah CP3.



Mencanak lagi untuk penamat di CP4.



Ambil angin sambil lihat pembangunan di Melaka.



Dah bosan, kaki pun ajak pulang.



Sekian, 1jam 45minit menghabiskan masa di Bukit Beruang, Melaka.



Ternyata mencabar juga trek daki Bukit Beruang, dari trek bertar, hingga trek tanah, naik turun cabaranya. Treknya jelas tapi boleh keliru sebab adakalanya papan tanda kurang di persimpangan. Namun, signal telefon kuat untuk buka bantuan Google Maps.




Sepagi di Pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara, Melaka

 

Hujung minggu yang membosankan, jejak kaki kali ini membawa ke Pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara, Melaka. Sejam menjadi penduduk negeri Melaka, adalah tiga kali melepak di pantai yang mengambil masa 30minit untuk sampai. Datang waktu pagi, pantainya agak redup, berbanding waktu petang menghadap pancaran matahari.


Dah sampai Pengkalan Balak. 


Pantainya berpasair kasar, ada banana boat untuk aktiviti.




Ada buaian.



Ada tempat bergambar.



Ada replika penyu.



Ada kerusi dan tempat redup untuk berkhemah dan lepak-lepak.




Boleh terus menyusuri jalanraya sempit dengan chalet dan gerai kiri kanan
untuk cari tempat melepak kerana pantainya memanjang lagi.



Di hujung jalan, ada Pusat Konservasi Penyu,
di buka setiap hari bermula jam 9.30 pagi.



Telur-telur penyu di kumpulkan dan dijaga sampai menetas
 sebelum di lepaskan semula ke habitat asalnya iaitu laut




Seterusnya, ke Pantai Tanjung Bidara,
15 minit dari Pengkalan Balak.




Pantai utamanya kecil, tapi tapak meletak kenderaan lebih luas.




Ada tarikan sama macam Pengkalan Balak.




Ada lagi pantai yang boleh di selusuri jika air surut.



Pantai utamanya di apit Kem Tentera Terendak dan resort.


Sekian aktiviti melepak di pantai pada hujung minggu. Semoga kebersihan pantai terus terjaga dan kalau mandi mandi jangan terlalu suka sampai terlupa keselamatan diri.





Sepagi di Gunung Tampin, Negeri Sembilan.

 

Pagi yang membosankan sempena cuti panjang Maulidur Rasul, di isi dengan menjejak kaki ke Hutan Simpan Gunung Tampin. 20 minit perjalanan dari rumah, Gunung Tampin mudah di akses di belakang perumahan Pekan Tampin, menjadi tempat masyarakat setempat beriadah.



Tiba jam 8 pagi. Trek bertar.



Setengah jam kemudian, jumpa air terjun mini.



Kolam takungan air bersih,
boleh jadi tempat rehat basuh kaki dan muka.



Sambung lagi perjalanan, kalau penat boleh rehat.




Sebab trek bertar, kenderaan masih boleh naik ke aras ini.



30 min seterusnya, sampai hampir di puncak.



Bertolak pulang tanpa membuang masa.



Gerimis mengundang di pintu keluar/masuk.


               Sekian aktiviti riadah kali ini di daerah Tampin. Boleh tahan juga mencanak trek Gunung Tampin ini (600m), 1 jam mendaki 45 minit turun, mengingatkan saya tentang Gunung Pulai, Johor yang menjadi turut sama menjadi pusat menara pemancar di puncaknya. Gunung ini juga sebenarnya bersambungan trek dengan Gunung Datuk menerusi trek Trans Naning (3 jam trek berpermit). Apapun kenali diri dan prestasi sebelum mendaki, lain gunung, lain cabaranya. Gunung Tampin ini treknya mudah (bertar), reduh berpokok dan tiada bayaran.